Total Pageviews

Search This Blog

Thursday, December 30, 2010

YAHOOOOOOOO

Piala AFF Suzuki: PM isytihar cuti umum Jumaat ini


2010/12/30

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

Tuesday, December 28, 2010

cuti2 di langit tinggi...

malas nak ckp, tapi rajin nak tulis..apahal ko jemah????

so,dipanjangkan cerita, jumahat lopeh we all (aku,b, haq n mak mentua) g cameron. kalau korang nak tau (nak kerrrr????) akak ipar aku duk sane, dah lama dah since dia kwen dulu kot (yeke?? layannnn). pastu dia ada gak wat sewa 2 bijik apartment dia beli,kalau korang nak lepak sane nanti gtau la aku,rege kawan2 aku tak jamin la, tp mebi kalau nak compete rege ngan org lain, abang ipar aku boleh bg la..

perghh series beb cerite aku..haha..

dah lah, layan gambor je le eh, aku xde mood nak tulis pepanjang, pinggang aku tgh sakit ni.. apo lak kono mengono jari yg menaip ngan pinggang yo tak..ahhh lantak la,suko ati den la, dah jari den taip cenggitu,den layan kan ajo. kang kok den taknak taip camtu kang merajuk lak jari jemari tulus mulus dne ni kang..

ok dah dah dah dah

so, disana adalah amat ssejuk..aku tgk kat suhu mardi tu 15 degree..pastu lak ado lak kwn den ckp,15 degree tu sojuk ko? dio bukak ekon opis eh 15 degree tak sojuk pun..ok  makluman, itu adalah menunjukkan bhw ekon ko kono p anta servis tu baiii..hahah..

dah,layan pict hokey..

 mat haq memengsankan diri dan hampir memengsankan ibu dia


sleeping beauty..dah mcm fomfuan dah anak ibu ni


korang bayangkan korang hangkut beras 10kg..sebab mat haq skang 10 kg..huhu..namun senyuman dalam keterpaksaan itu fenting ye tuan2 dan puan2

cubaan mengedjus kegelapan antara kecerahan menggunakan e5 ku..hadoi..ponek sonyum, ponek possing, laguuu tuuu gak..


eh tetibe resakse dah bangun..huarrrggghhhh!!!!

dan lagi..peewwwiiitttt mat haq dah jalan oooo..tp kono pogang tangan dio sobab brek eh tak berfungsi lagi

saat terbaik bersama keluarga tercinta

tak tihhh tak tihhh..apasal cenggitu bunyik eh ha?? tolong jawab..


dan penutup nya...adalah lelaki ini yang selalu memuja...eh ternyanyi sudah...


Thursday, December 23, 2010

bos

Sape kat sini bos? sila angkat tangan!!

saya angkat! haha,bos kepada anakandaku..aci tak?

Susah ke tak jadi bos ni?

best ke tak jadi bos?

banyak ke gaji bos?

bos ade bos tak?

hmm..saya ada bos, dan kadang2 saya rasa saya lak jadik bos..

kadang2 bila saya tak jadi bos, orang kutuk2 bos saya..

kadang2 bila saya jadi bos, saya tak kutuk bos saya..

kadang2 saya terpikir, adakala saya bercakap pasal bos saya, adakah saya mengutuk? YES!!

bercerita perihal orang ni tak baik, saya sedar, saya dah insaf..sape insafkan saya?? bos saya!!

sebab saya kene sedar, saya pun kadangkala jadi bos, mesti saya kene kutuk..

lepas tu saya berfikir, muhasabah diri.. saya nak mohon maaf..

dengan tulus hati saya, saya ingin memohon maaf..

kepada semua bos2 di luar sana, saya mohon maaf..

maafkan diri saya..

saya bukan lah jenis orang yang suka mengutuk orang, cuma saya kadang2 lupa diri saya siapa, lupa siapa bos saya, lupe diri..

sedangkan hakikatnya saya bukanlah sempurna

semua orang tak sempurna

saya menyeru kepada anda semua, bermaafan2 lah, jika kita bersalah,mengakulah dan perbaikilah diri kita..

Pepatah hidup saya senang (reka sendiri)

" Lagi tinggi kelayakan yang kita ada dan lagi tinggi kedudukan kita, lagi rendah sepatutnya kita letakkan diri kita, barulah orang akan hormat kita..dan berbanggalah kita jika orang hormati kita kerana kesederhanaan kita, dan tak perlulah anda berbangga jika orang hormati kita kerana kelayakan kita.. Sesungguhnya orang yang kerja mengutip sampah di tepi jalan tu lagi mulia dari kita yang membuang sampah kat tepi jalan tu"

*** inilah yang terjadi dalam masyarakat harini..sesungguhnya aku dah insaf, dan akan ku tinggalkan dunia yang kotor ni..saya berazam nak jadi yang terbaik dan menghormati sesama insan..

*** dengan ini juga saya ingin meminta maaf sekiranya anda ada mendengar saya mengutuk anda,sesungguhnya saya malu dengan diri saya..saya mintak maaf..saya akan perbaiki diri saya..

***jom ubah diri kita..

perfect

Banyak sangat nak ckp..

Macam ni lah, tak semua orang perfect kat dunia ni, right?? then bila kita buat sesuatu kerja tu, dah sehabis baik dah pun kita buat, sometimes ada gak silly mistake yang memang kita tak nampak, tak perasan. Contoh eh maso pekso SPM dulu kan, rasa mcm dapat 18.5 A dah, tetibo langsung takdo A, camno tu?? tu namo eh korang mmg kompiden tahap dewa dah tu, haha..bukanlah, yela kan..takda manusia perfect kan..

Pastu, dah kita buat sehabis baik ni, ado lak insan2 yang terpilih (terpilih ker???) tetiba bagi komen keje kita..ok berbalik kepada komen ni, komen ada 2 jenis beb;

1. komen membina
2. komen membunuh

yang number 1 tu kami boleh terima, sebab itu untuk penambahbaikan..pastu lak komen2 membina ni selalunya diiringi dengan CARA dan KATA-KATA yang tak menyakitkan hati..betul???

yang number 2 tu lak, mmg hampeh..dah la kito ponek2 buat keje tu, bersengkang mata, memerah otak, datang keje lagi wiken, anak laki dibiar kat umah tu semata-mata nak siapkan keje tu, tup2 dapat komen membunuh..memang rasa nak membunuh weyyyyy...

sampai satu tahap, ooooo ko banyak komen eh, takpe2 lepas ni ko buat la keje ni, aku nak tengok tahap keperfectan ko tu, hebat sangat?? dah la komen, pastu mempertikaikan...manusia yang jenis banyak mempertikaikan baik takyah idup kat dunia ni sebab mana lah tau satu ari nanti tetiba dia mempertikaikan kerje tuhan plak kan..tetiba lak dia mempertikaikan, nape lah ujan lebat arini, aku baru basuh kete tadi, hampeh tul la..ok,, itu contoh..sebab dia dah mempertikaikan kuasa Tuhan, Tuhan yang memberi dia nyawa arini..

boleh jadi gak dia akan mempertikaikan, nape lak muka dia ni ada dalam mende ni? (ayat paham sendiri hokey..) nape mende ni isik dia berterabur?? (kutip la wey!!! tu kan mmg keje kau).. nape eja salah ni?? cekgu tak sempat ajar ke masa sekolah dulu?? (ok fine!! aku berbalik balik td, kitrg bkn perfect)..

ok dah la, rasa mcm dah puas ati dah..

selamat tinggal lah..

bukan ko yang nilai keje kitorang

kan kan kan

sori la, aku tak perfect..

mebi ko perfect..tahniah aku ucapkan..

Wednesday, December 22, 2010

Dah kira bape korang akan dapat??

PNB isytihar dividen ASB 7.50 sen, bonus 1.25 sen

2010/12/21
KUALA LUMPUR: Pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen lebih tinggi 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2007, iaitu lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lalu.

Pemegang unit seramai 7.04 juta, yang kini memegang lebih 82.72 bilion unit ASB, akan turut menerima bonus 1.25 sen, yang sama dengan tahun lalu.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata bahagian agihan pendapatan itu melibatkan pembayaran keseluruhan RM5.93 bilion dan RM603.34 juta bagi bahagian bonus.

Sehingga Jumaat lalu, katanya skim itu mencatatkan pendapatan kasar RM6.58 bilion.

"Pendapatan dividen dari syarikat penerima pelaburan menyumbang RM3.27 bilion atau 50 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.78 bilion atau 42 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman dividen itu di sini.

Sementara itu, baki pendapatan 8.0 peratus atau RM0.53 bilion diperolehi daripada pelaburan di dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata perolehan ASB tahun ini disokong oleh peningkatan sumbangan dividen anak-anak syarikatnya terutama Malayan Banking Bhd (Maybank), iaitu sebanyak 55 sen berbanding 8.0 sen tahun sebelumnya.
Sumbangan dividen daripada Sime Darby Bhd pula menyusut kepada 10 sen daripada 20.3 sen pada 2009.

"Dari segi pendapatan tahun lepas, dividen adalah kurang daripada 50 peratus, tetapi tahun ini kita dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat yang kita labur.

"Prestasi tahun ini agak bernasib baik walau pun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi kita mendapat dividen yang tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih," katanya.

Ditanya mengenai prestasi Sime Darby yang kini menyusut, Hamad Kama Piah berkata, "Kita sentiasa mengharapkan prestasi syarikat-syarikat kita akan bertambah baik. Kalau kita lihat prestasi Sime Darby sendiri mereka telah menganggarkan keadaan akan lebih baik pada masa hadapan dan kita harapkan ini dapat membantu kita mendapat pulangan yang lebih baik." - BERNAMA

Thursday, December 16, 2010

5.15am ke 6.15am ??

ngeeennggg ngeennngg ngeenggg...
...
tatatata tatata taatttaaa
...
kung!! (soundtrack pale ku kene langgar kete)
...
ngeeenngg ngeeenggg
...
kung!! kung !!
..
Adoi! Haq!! Sakit la pale ibu...
dalam pado tu joling jam astro (kantoi lak tido dopan tv,hahaah) ..kabur...gosok2 mato..tgk balik..ooo 6.15am dah..patutlah anak den kung kung palo ibu eh,kojut bangun rupenye...pandaiiii anak ibu..
..
1st step
'
Tarik selimut..hahah tak kelakar..lawak old schooll...bluueekkkk
ok ok.. g toilet,buang pape yang patut
'
2nd step
'
keluar dr toilet..
hoi jemah!!! hentikanlah lawak ko ni..haha (gelak sendiri)
ok ok..g dapur,bukak petiais pastu amek masa merenung masa depan  bekas2 isik lauk tu..hmmm nak masak apo utk haq ni??? capai bokeh ayam, capai bokeh bawang (i kopek bwng sesiap utk 1 week ok), capai cili api, capai kontang, capai bilih..hahahha sumo den kuarkan dari poti
'
3rd step
'
tgk karam sing walia sinki, basuh periuk nasik malam td sobab berkorak so kene rendam semalamam terkenangkan dirimu..  sentalll..masuk bogheh,basuh ngan air diamond (sajo nak ckp kan dah boli mesin air diamond yg ada manis2nya..hehe), taruh air diamond (saje nak ckp byk kali) lebih sket,wat bubur je la haq eh..joghangggg..bkn jongang ye adik2
'
4th step
'
mataku tertancap pula pada cik kentang gebu, hmmm ibu campur la skali haq eh,ibu takleh pikir ni,dah nak dokek kul 7 dah ni..
'
TIBA-TIBA!!!!
'
'
Allahuakbar Allahuakbar..
'
'
Daku: eh??? Azan apo lak ni?? Sekali joling kek jam diamond (skali lagi sebut), la...5.45am!!!! Subhanallah bertuahnye anak den, kul 5.15 ko kejut ibu arini eh..
terus daku wat susu beliau dan dia as usual tersengih2 bila nampak susu sambil sobut..nenen nenen nenen nenen nenen nenen..mat haq oh mat haq..

Arakian, tanpa usul periksa terus aku ke dapur semula dan menanak (mcm polik lak eja eh) nasik, dan membuat ayam masak sos berserta cekodok pisang berbuah hanya sekali sebagai santapan kami sekeluarga..
Oleh yang demikian rupa,saya seperti nama di atas (mana?? mana??) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Haq kerana beraya mengejut ibu seawal ini pada hari ini. Ini adalah kerana dengan kejayaan ini ibu berjaya menyiapkan bekalan hari tua haq, sarapan ibu n babah (cekodok siuutttt) dan seterusnya lunch set for ibu n babah..
'
Sekian,terima kasih

"MAJULAH DIAMOND UNTUK FAMILY TERCINTA"

Azimah binti Anuar
Ibu, bini, dan dot dot dot,
Temerloh,
Pahang.

ps: gambar di bawah tiada kene mengene dengan cerita di atas

Tuesday, December 14, 2010

testing..testing..

Sesungguhnya aku tak mampu..
Tak mampu menepis kehadirannya
kenapa sekarang?
kenapa tidak dahulu?
aku hanya menganggap
Dahulu aku bodoh
tidak menilai benda yang tak ternilai
namun
sekarang?
kenapa sekarang?
Aku benci
Aku membenci
Tiada apa lagi
Hilang manisnya
Hilang serinya
Yang ada
Cuma aku
dan harapan-harapanku

boleh gini??

Friday, December 10, 2010

cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Apply for 4 days leave &  get 11 days off at a stretch
 
 

 No
Date
Day
Remarks
1
29-Jan-11
Saturday
Weekend
2
30-Jan-11
Sunday
Weekend
3
31-Jan-11
Monday
Working Day- APPLY LEAVE
4
1-Feb-11
Tuesday
Working Day- APPLY LEAVE
5
2-Feb-11
Wednesday
Working Day- APPLY LEAVE
6
3-Feb-11
Thursday
PH: Chinese New Year
7
4-Feb-11
Friday
PH: Chinese New Year
8
5-Feb-11
Saturday
Weekend
9
6-Feb-11
Sunday
Weekend
10
7-Feb-11
Monday
Working Day- APPLY LEAVE
11
8-Feb-11
Tuesday
PH: Thaipusam


Friday, December 3, 2010

resepi makanan bayi

sooo sori,saya dah save resepi ni dalam pc,tp pc skali ngan pc keje so harus den tak jumpo mano letak resepi ni nanti. so saya search tenet den lembab,then copy paste masuk blog sendiri..aci tak?? anyway,nak share kan resepi ni..dr masa ke semasa i try search n kumpul kat sini okeh..

Resepi baby
1)    resepi puri epal merah
epal merah
labu
madu
rebus epal merah dengan labu sampai empuk, kisar / lenyek sampai hancur, campur sikit dengan madu. xnak campur pun boleh sebab epal tu dah manis
2)    Resipi masakan kentang

Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi

3) Bubur Nasi
Bahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air

Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.


4)    Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.
                        
5) Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...

5)    Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan
6)    Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.

7)    Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.
Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.



cuti saya berbaki 3 hari

harap maklum yo puan azimah
baki cuti anda hanya ada 3 hari
yee..saya faham
so anda tidak akan bercuti lagi lah tahun ni?
ye..
ye..
ye saya akan bercuti isnin depan ni
eh
eh
cuti ganti okeyyy
hari sabtu lepas i datang keje wat laporan tahunan ngan designer dr kul 9am till 5.30 pm..
sampai tak g kenduri kawan blaja dulu
huhuhu

Thursday, December 2, 2010

ada manis-manisnya..

kitorang dah beli dah..korang bila lagi?? jangan sayang sangat duit utk kesihatan kita ok..sape2 nak tau lebih lanjut tentang rantai diamond saya ni nanti saya wat citer detail dia ye


Wednesday, December 1, 2010

HAQQQQQ!!!!!!!!!!!!!!

Sapo tak suko ari jumaat, dia blhteruskan bekojo even ari sabtu n ahad sekalipun..huhu..
Best kan bila Jumaat?? Tongah drive p kojo pagi tu pun dah siap bayangkan...
 -malam ni buleh tido lambat sket
-sok pagi sure buek2 pengsan, bongka2 tgk jam dah kul 12..lauk dah masak,nasik dah masak,tinggal nak suap ke mulut jo..tetibo...PLING!!! eh mimpi rupenye..huwaaaaa...nak balik kampungggg..nak duk kampung macam duluuu...huhu..
-dah buleh bayang nak ajak b g shoping..nak boli baju baru nak g tuwernermen bolingsok..wah..nak main boling je pun nak pakai baju baru...haha..gayat lak bunyik eh..bukan apo, nak amek feel bakal juara gitew..muahahah
-sabtu buleh la nak memanjo2kan diri sambil update blog bebanyak..
-kesimpulan sampai takleh bukak simpulan itu eh ari jumaat jo dah terbayang kebestan hari sabtu kan..
-eh apasal tak sebut ahad sekali kan?? ahad mano best wey, bangun je pagi tu ayat dah kuar tang mulut...alaaaa...dah ahad dah ke??? sok dah kojo balik..huhu

ok dah..so sabtu anda best?? sabtu saya amat best sebab ini budak...
'
'
budak ni la...
'
'
dah..tu je nak ckp..tu je nak citer..semua boleh refer pada keadaan sekitar di belakang raksasa tocik tu eh..

owh bantal...



kasih seorang ibu

lama tul tak update..bende banyak nak cerita, sama banyak ngan keje yang den nak siapkan..so mano lobih ponting? suami dan anak..eh tetibo jawab cenggitu...hahah..kojo la terpaksa den dahulu kan..kek rumah ado berukben tapi lembab ala2 kek cokelat lembab..huu..

just nak share stori..

lama dah time tu ada masjlis sambutan hari raya kolej kitorang..
aku sembahyang kat surau then ada la 2 3 orang makcik cleaner kat situ tgh baring2 lepaskan penat lelah..

Makcik A: eh, makcik b, ko dah g ke makan kat jamuan tu?
Makcik B: aku tak g makan pun, aku tapau je (tapau tu tak menahan k.hehe)
Makcik A: plak ko tapau? nape tak makan kat situ je?
Makcik B: Aku takleh la makan, sebab duk pikir anak aku kat umah tu..

See?? mungkin makcik ni org susah (kalau senang takkan nak keje cleaner kan? takkan nak keje time usia dah senja ni kan..)..pastu dia tak sampai ati nak makan sedap2 sednagkan anak dia kat umah tu tak dapat pun rasa makanan tu..sedihkan..

aku sedih..

dan sama2 lah kita bersyukur ngan apa yang kita ada..kalau makcik tu teringatkan anak dia kat umah, zaman2 usia kita ni plak ingat2 lah kat mak ayah kita yang kat umah tu..