Total Pageviews

Search This Blog

Monday, July 25, 2011

ampunkan saya

Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya..

Dosa2 saya dengan mu ya Allah
Dosa2 ku dengan suamiku ya Allah
Dosa2 ku dengan ibu ku ya Allah
Dosa2 ku dengan ibu mertua ku ya Allah
Dosa2 ku dengan abah ku ya Allah
Dosa2 ku dengan ahli keluarga ku ya Allah
Dosa2 ku dengan ahli keluarga suami ku ya Allah
Dosa2 ku dengan rakan2 sekerja ku ya Allah
Dosa2 ku dengan rakan2 sepermainan, sehidup semati
Dosa2 ku pada bekas2 teman ku
Ampunkan daku
Sesungguhnya aku terlalu sayu hari ini
Ada sesuatu yang tersemat di dadaku
Sungguh, aku perlukan seseorang untuk berkongsi
Tapi aku tak pernah mempercayai sesiapa
Seolah2 aku bersendirian
Tapi aku tau aku ramai kawan
Tapi untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ini, hanya Allah yang mampu mendengar
Sungguh, aku adalah orang yang paling riuh walau dimana2 pun, tapi ada sebab, kenapa? Sebab aku nak hapuskan luka lara di dalam hati ni..
Anak..
Itulah pengubat duka lara ku tika aku teringat2 kisah luka yang ada dalam hati ni
Ya Allah
Panjangkan umur ibu ku, abah ku, suami ku, anak ku agar aku boleh menghapuskan dosa ini, kerana buat ketika dan saat ini, aku tiada kekuatan itu..
Pada suamiku, mama mintak maaf dunia dan akhirat atas segala2nya..
kerana mama tak sempurna seperti insan lain
Mama sayangkan u

Friday, July 8, 2011

saya serba salah

saya nak berenti kerja, boleh??
 sebab apa tak bleh? sebab keje gomen eh? rugi eh kalau berenti keje..keje gomen ni dah tentu2 masa depan cerah..gitu eh??

ntah la, saya harap betul saya dapat berenti keje.

Impian saya--------->>>

saya nak bukak bisnes, mebi bisnes andaman, ini memang minat dan keutamaan saya. saya sekarang ni dah start amek semula tempahan untuk mengandam, menyolek utk dinner or any event..itu minat saya..

jauh kan beza minat saya dengan kerja saya skarang. saya bukan tak suka kerja di bahagian IT ni, saya rasa dengan kelayakan saya, saya sepatutnya duduk di bahagian pengurusan, sekarang saya di bhgn teknikal. eh jap, kalau saya duk bhgn pengurusan pun saya kene tau gak teknikal kan? entah la, susah nak ckp, saya rasa bukan kat sini interest saya..

kalau dah bukan interset kat sini, nape dulu blaja course ni, then keje mntak bhgn ni?

entah..boleh takjawab entah??kebetulan tadi masa balik umah rehat lama jumaat kan (kata gomen kannn..hehe) tertengok oprah winfrey, ada sorg minah tu nama dia Ialan (gitu la lebih kurang nama dia)..dia dulu duduk rumah kebajikan je, pastu entah cmne peluang datang dia boleh masuk rancgn oprah tu, pastu dah glamer datang plak tawaran utk wat rncgan sndiri, masa dia nak tggalkan oprah tu, dia ckp gini.. "ini bukan kehendak, tetapi ketentuan Tuhan"..So agak2 buleh tak aku gune ayat dia/ heheheh

adoi aiiii diluah mati mak, ditelan mati bapak..suka2 ati diorg ni guna mak bapak dalam frasa ni kan? hehe..

saya akui saya dalam dilema..

saya akui saya belum dapat kebebasan penuh dari suami saya utk berniaga, dia kata buat la weekend je dulu..tu bukan mslhnya cik abangggg..antara sebab2 saya nak berenti kerja n meniaga ni adalahhhh:::::

1. saya nak jaga zuriat saya sendiri
2. saya nak jaga rumahtangga saya sepenuh masa
3. saya punya minat bukan di bidang ini (tp saya tak ckp saya terpaksa kerja ok,saya brsyukur sgt dpt keje ni)
4. saya nak berenti kerana ada sebab2 lain yg takleh saya nyatakan disini
5. saya tak dapat keseronokan berkerja..

doa saya, moga saya diberikan peluang oleh Illahi utk dapat kekuatan utk membuka bisnes sendiri (kalau dapat bisnes online lg bagus), so saya dapat memberikan sepenuh masa utk keluarga saya..

n saya dapat ikut hubby saya kemana jua dia pergi..walaweyyyy..hahahah gediks

tapi, hutang tengah hebat sekarang, so saya takleh benti keje lagi.

tapi, apa guna syaa belajar ada diploma, ada degree kalau nak duk rumah..hmmm yang ni payah sket nak ckp, tp rasanya belajar dulu tu bukan lah penyebab kita nak keje kerajaan or swasta ke kan, kalau berniaga tu kan keje jugak..orang kat msia ni payah sket, keje kerajaan (wpun kerani je) lagi tinggi martabatnya di mata pandangan org berbanding yang keje sendiri. padahal yang keje sendiri tu lagi hebat duit dia weyyyyy..

ntah lah, saya berdoa agar suatu hari nanti saya diberi peluang utk mendidik dan menjaga zuriat saya sendiri disamping berjaya di dalam bisnes yang diimpikan iaitu bisnes andaman..insyaallah..

mode: saya sedang bersedih sekarang..saya nak berenti, kalau boleh sekarangggg...